Sunday, October 18, 2009

Sunday, October 4, 2009

CABARAN KEBAJIKAN SOSIAL KINI DAN MASA HADAPAN

Cabaran Kebajikan Sosial Kini

Saranan untuk menjadikan rakyat yang mempunyai 'mentaliti kelas pertama bertaraf dunia' merupakan suatu hasrat yang baik dan maju ke hadapan. Dalam dunia globalisasi tanpa sempadan dan teknologi canggih ketika ini kita harus berusaha mencapai matalamat itu untuk mengapai kemajuan dan bersaing ke peringkat antarabangsa. Walaupun ia bukan suatu yang mudah tetapi mahu tidak mahu kita harus memulakan usaha untuk mencapainya. Untuk sampai ke tahap itu, di dalam komuniti yang ramai merangkumi berbagai peringkat lapisan masyarakat. Ia bukannya mudah dan sudah tentu akan melalui proses jangka masa yang panjang.

Kadar penceraian yang kian meningkat akan menyebabkan lebih ramai ibu tunggal. Anak-anak terbiar dan tidak mendapat kasih sayang ataupun menjadi mangsa untuk melepaskan geram bagi ibu bapa yang tidak bertanggungjawab. Faktor ini boleh dikatakan punca gejala sosial kian bertambah, selain daripada pengaruh Negara barat. Didikan agama yang secukupnya harus diberikan kepada anak-anak supaya mereka tidak mudah terjerumus di dalam kancah durjana ini. Kebiasaannya ia akan bermula dari percubaan perkara-perkara yang kecil contohnya menghisap rokok dan seterusnya mereka lebih berani melakukan perkara yang ‘advance’. Contohnya seperti bergaul bebas,merempit, mengambil dadah dan mempunyai potensi untuk melakukan jenayah kelak.

Kini kadar pengangguran semakin tinggi. Peluang pekerjaan lebih terbuka luas kepada warga asing. Bukan kerana tiada pekerjaan tetapi sikap individu yang terlalu ‘high demand’ dan memilih pekerjaan. Pengalaman itu penting, sekiranya kita ada kemahiran ia merupakan tiket untuk memajukan diri ke peringkat lebih tinggi walaupun bermula daripada bawah. Tiada jalan pintas untuk mengejar kemewahan, semuanya adalah hasil tutuk peluh kita. Kesan jangka pendek yang menjadi pilihan golongan ini ialah melibatkan diri dalam kegiatan anti sosial seperti mencuri, meragut, merompak, gangsterisme, mengedar dadah dan menyeluk saku. Kegiatan anti sosial ini akan lebih ketara apabila pendapatan yang diperolehi tidak konsisten dengan kos hidup yang semakin meningkat.

Keciciran dari sekolah akan menjadi-jadi dan bertambah buruk apabila faktor kemiskinan dan hidup merempat meneliti kehidupan keluarga terutama di kawasan setinggan. Adalah lebih mudah bagi ibu bapa untuk memutuskan bahawa menamatkan pendidikan anak-anak akan mengurangkan beban keluarga kerana mereka boleh membantu mencari sumber pendapatan untuk keluarga. Maknanya di sini, beban mencari sumber kewangan telah ditanggung bersama-sama. Akhirnya dengan kata lain, kanak-kanak yang tercicir ini akan menghadapi masa depan yang sama seperti yang dialami oleh ibu bapa mereka sebelum ini. Pendidikan adalah sangat penting, ilmu adalah harta yang tidak ternilai harganya dan ianya tidak akan lapuk di lenyapkan arus zaman.


Cabaran Kebajikan Sosial di Masa Hadapan


Bilangan warga tua semakin meningkat secara langsung akan meningkatkan juga jumlah tanggungan Negara bagi warga tua berumur 65 tahun ke atas yang tidak bekerja sama ada yang sihat ataupun kurang sihat. Secara tidak langsung orang yang bekerja semakin sedikit dan perlu menanggung, orang tidak bekerja seperti suri rumah, pelajar, orang kurang upaya dan warga tua. Segala perbelanjaan kesihatan mereka perlu dititikberatkan dan memerlukan kos yang tinggi. Ini akan menjejaskan budget Negara dan perubahan infrastuktur harus dilakukan secara drastik demi menjaga kebajikan rakyat.

Akibat masalah sosial yang kian menular dan ditambahkan lagi pula dengan pelbagai gejala sosial yang lebih kompleks, kerajaan banyak membuat pelaburan wang ke arah pemulihan yang tidak sepatutnya contohnya masalah kemiskinan, pemulihan akhlak dan dadah. Gejala yang lama masih tidak dapat dibendung tetapi makin menigkat pula masalah baru. Rakyat akan terlalu bergantung dengan Negara dan tidak mahu berusaha kerana terlalu dimanjakan dan selesa dengan bantuan yang diterima. Jika berterusan begini matlamat Negara sukar dicapai dan bagaimana kerajaan hendak mencapai taraf Negara maju? Semuanya akan membantutkan lagi proses pembangunan tersebut.

Golongan yang tercicir terpaksa berhadapan dengan kesusahan dan kesempitan hidup kerana tekanan ekonomi yang dihadapi mereka. Yang susah bertambah miskin, yang senang bertambah kaya. Kadangkala sikap individu itu sendiri akan menjadikan kehidupan mereka lebih sukar. Bentuk bantuan yang seharusnya bukanlah merupakan wang semata-mata, mencarikan golongan miskin pekerjaan adalah lebih baik kerana duit akan habis jua apabila dibelanjakan tetapi jika memberikan kemahiran lalu mendapatkan mereka pekerjaan yang sesuai dengan mereka adalah lebih relevan. Faktor perbezaan ekonomi mengikut kaum juga semakin ketara, ia akan menjejaskan hak ketuanan orang Melayu. Siapakah yang perlu dipersalahkan? Globalisasi adalah untuk menaik taraf pembangunan demi memajukan negara dan keselesaan rakyat. Tetapi pada mereka yang terlalu rigid dan tidak boleh menerima perubahan, mereka akan merasakan semua ini adalah beban kepada diri mereka. Kita haruslah flexibel dan berubah mengikut peredaran masa. Agar kita sejajar dengan arus pembangunan dan tidak ketinggalan.