Friday, September 11, 2009

MENGAPA MANUSIA BERMASALAH??

Setiap orang mempunyai masalah masing-masing, namun bergantung pada individu dalam mencari proses menyelesaikannya. Terdapat pelbagai faktor yang mengundang kepada manusia bermasalah. Namun, pada kali ini kupasan hanya akan dibuat berdasarkan faktor struktur peluang yang dilihat dalam pelbagai aspek.

Faktor pertama yang menyebabkan manusia bermasalah disebabkan tiada struktur peluang melalui pendidikan. Masalah ini dipengaruhi oleh tahap pendidikan sesebuah keluarga. Tahap pendidikan keluarga miskin yang rendah turut memberi kesan kepada anak-anak dalam mendapatkan pendidikan yang sempurna.

Faktor kedua ialah kehadiran pekerja asing diakui dapat membantu negara mengatasi masalah kekurangan pekerja.Malah ia turut membantu mencapai kadar pertumbuhan ekonomi, tetapi dalam masa yang sama menyebabkan ramai rakyat Malaysia menganggur. Hal ini disebabkan kebanyakan peluang dimiliki oleh pekerja asing. Kelembapan ekonomi juga menyebabkan struktur peluang pekerjaan adalah sangat terhad. Oleh itu menyebabkan manusia tidak mahu berubah kerana mereka rasa peluang pekerjaan tidak ada pada mereka. Manusia bermasalah juga disebabkan terlalu memilih pekerjaan, mereka sangkakan contohnya mereka berkelulusan undang-undang hanya layak untuk berkerja sebagai peguam sahaja, bukan pekerjaan yang lain. Manusia terlalu memlih pekerjaan yang lebih standart, menyebabkan mereka terlalu sukar untuk membaiki diri mereka.

ICT kini tidak lagi boleh disangkal kewujudannya. ICT berpeluang untuk menyediakan peluang pendapatan dan pekerjaan. Jadi tidak hairan jika kita sering kali terdengar atau terbaca kes-kes yang berkaitan manipulasi seseorang pihak terhadap pihak yang lain. Sebagai contoh, penyalahgunaan teknologi di mana seseorang yang bertanggungjawab membaiki telefon bimbit atau komputer riba pelanggannya di dapati bersalah kerana terlibat dalam menggodam di mana berlaku pencerobohan maklumat sulit. Selain itu, internet juga menyediakan seksyen yang menarik iaitu borak melalui internet, IRC (Internet Relay Chat), yang membolehkan beribu-ribu pengguna internet sedunia berborak, berbincang, dan bertukar idea pada masa yang sama. Ini menyebabkan masalah pelayaran laman web yang berunsur pornografi semakin serius di kalangan remeja. Gambar-gambar pornografi di internet senang dicari dan tanpa pengetahuan orang lain. Dengan hanya klik tetikus sahaja mereka boleh mendapat sumber pornografi yang banyak. Hal ini menyebabkan mereka semakin ketagihan terhadap pencarian gambar pornografi di internet seterusnya berlakunya gejala-gelaja sosial seperti pergaulan bebas, bohsia, pembuangan bayi, lari dari rumah dan kes-kes jenayah.

Malaysia ialah sebuah negara membangun yang mementingkan kebajikan rakyat. Walaubagaimanapun, masih timbul isu di mana pihak yang bermasalah dan layak untuk menerima bantuan kebanyakan daripadanya segan atau sengaja tidak mahu menerima bantuan yang dihulurkan kerana tidak mahu dianggap sebagai seorang yang bermasalah. Golongan tersebut menganggap kehidupan mereka sekarang adalah dalam keadaan baik dan sejahtera walaupun hakikatnya masyarakat melihat sebaliknya. Oleh sebab itu, peluang untuk mendapat sesuatu bantuan yang dihulurkan gagal disebabkan mentaliti sesetengah individu.

Seterusnya, pergolakan politik yang melanda di sesebuah negara menyebabkan rakyat negara tersebut akan menjadi mangsa permainan politik antara pihak yang bertelingkah. Contoh yang paling nyata, rakyat negara Thailand bergaduh sesama sendiri kerana berlainan parti politik sehingga sanggup membunuh,mencederakan dan mogok beramai-ramai menyebabkan negara mengalami kerugian dan peratus kemiskinan menjadi semakin tinggi dan rakyat menderita akibat pergolakan politik ini.

Selain itu, Sesebuah negara yang mengamalkan driskriminasi terhadap kaum minoriti menyebabkan kaum itu dipinggirkan dan tidak diberi peluang untuk memajukan diri seperti dasar apartheid yang membezakan kaum kulit putih dan kaum kulit hitam dimana kaum kulit hitam terpinggir daripada menerima pendidikan, pekerjaan dan peluang perniagaan menyebabkan mereka ditindas dan menjadi mangsa kemiskinan di negara sendiri.

Manusia bermasalah dari struktur peluang adalah disebabkan oleh sikap individu itu sendiri. Peluang memang luas dan terbuka tetapi faktor demanding individu itu menjadikan peluang itu tertutup. Ada juga sesetengah manusia yang tidak boleh menerima perubahan, mereka berada di takuk yang lama dan tidak mahu mengikuti arus pembangunan. Mereka tidak mahu berubah, terlalu rigid dan taksub dengan budaya kaum masing-masing sehingga mengabaikan keperluan hidup yang kini semakin global. Mereka akan ketinggalan dan mundur, sikap manusia yang tidak memikirkan masa dengan anak-anak mereka. Jika mereka miskin, adakah anak-anak mereka juga perlu menyambung kitaran itu dan terus menderita dalam kemiskinan hidup? Contohnya golongan orang asli, kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan dan membuka peluang kepada mereka untuk mendapatkan hidup yang selesa, lebih moden serta lengkap dengan pelbagai keperluan. Walaupun bukan semua golongan ini tidak boleh beradaptasi dengan pembangunan tetapi segelintir daripada golongan ini menolak mentah-mentah dan tidak mahu menerima perubahan sedangkan ia tidak mendatangkan kerugian kepada mereka. Manusia yang berminda kuno ini harus diberikan kesedaran, jika mereka miskin dan ketinggalan ia akan memberi kesan buruk kepada masa depan diri serta keluarga mereka bahkan Negara juga mendapat masalah kelak.

Sudah semestinya tekanan hidup merupakan satu masalah dalam kehidupan manusia tetapi dari pandangan struktur peluang, bagaimana ia boleh dikatakan mendatangkan masalah? Tiada peluang untuk mendapatkan pendidikan sempurna boleh menyebabkan tekanan hidup. Orang kata biar miskin wang tetapi kaya dengan pengetahuan. Dalam kehidupan kita memang memerlukan wang, ia merupakan keperluan asas hidup. Kadangkala peluang yang melimpah ruah akan menjadikan manusia itu alpha dan lupa diri. Kini, di zaman moden banyak skim pinjaman, penggunaan kad kredit dan sebagainya. Ianya nampak mudah, mewah dan semua orang boleh memilikinya. Tetapi apabila terlalu asyik berbelanja, perbelanjaan yang tidak terkawal serta boros maka, ia akan menimbulkan masalah kepada individu itu. Hutang sekeliling pinggang, bukankah ia adalah beban yang boleh mendatangkan tekanan hidup. Apabila peluang terlalu luas, manusia akan lupa diri dan bila mana peluang itu tiada manusia akan merungut. Semua itu adalah di atas kebijaksanaan kita membuat keputusan, berfikir dengan waras dan sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan. Semuanya berdasarkan pengalamana dan pengetahuan yang kita miliki.