Sunday, August 30, 2009
Saturday, August 29, 2009
FAKTA mengenai Mat Rempit!!
Wheelie - menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian depan.
Wikang - menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian belakang.
Scorpion - menunggang motosikal sambil kaki menghala di bahagian atas.
Superman - menunggang laju sambil terbaring persis aksi superhero, Superman.
Pereng/corner - bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika menunggang di selekoh.
FAKTA
Mengikut statistik PDRM, sejak 2001 sehingga Mei lalu 3,182 penunggang ditahan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas dan 2,970 daripadanya berusia antara 16 tahun dan 25 tahun.
Statistik Ops Sikap IX tahun lalu menunjukkan sebanyak 62 peratus atau 144 daripada 233 kematian membabitkan penunggang motosikal.
Lima puluh enam peratus atau 3,487 daripada 6,223 kematian akibat kemalangan jalan raya sepanjang 2004 juga membabitkan penunggang motosikal.
FAKTA
Kesalahan: Memandu secara melulu dan merbahaya
Peruntukan undang-undang: Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 dan lesen memandu digantung tidak kurang daripada dua tahun, jika sabit kesalahan.
http://www.malayonline.net/v2/viewtopic.php?t=2654
Fenomena Mat Rempit
Perkataan rempit sebenarnya diambil dari bahasa inggeris ‘ramp-it’ yang menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya (litar) yang akhirnya menjadi nama jolokan rempit bagi kumpulan terlibat (Rozmi Ismail, 2004). Akhir-akhir ini isu Mat Rempit menjadi semakin hangat dan merungsingkan semua pihak sehingga timbul perdebatan dari segi nama yang sesuai harus diberi kepada mereka misalnya ianya patut diberi nama dajal rempit kerana nama Mat Rempit nampak bersopan dan tidak sesuai dengan kelakuan mereka yang amat bertentangan dengan nilai sosial dan budaya masyarakat Malaysia. Namun apa yang jelas mereka adalah pelumba haram atau pelumba jalanan yang sentiasa wujud pada waktu malam di kawasan-kawasan tertentu dan menganggu masyarakat sekeliling.
http://www.youth.org.my/ippbm/penyelidikan/Rozmi.Norhayati.pdf
Antara faktor-faktor yang menjadi punca wujudnya virus “Mat Rempit” ini ialah :
Perasaan ingin mencuba
Oleh sebab desakan naluri remaja yang suka mencuba dan tidak takut kepada resiko yang bakal ditempuh, mereka berani melakukan apa sahaja. Mereka ini mudah berasa seronok dan ingin mencuba apa-apa yang dipaparkan oleh media.
Terpengaruh dengan rakan
Pengaruh rakan sebaya juga banyak memainkan peranan di dalam menentukan pemilihan aktiviti yang gemar dilakukan oleh sekelompok remaja ini. Remaja mudah terikut-ikut dengan apa-apa yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka tanpa memikirkan resiko yang bakal ditempuhi.
Gaya hidup remaja itu sendiri juga merupakan pendorong gejala “Mat Rempit” ini berlaku. Kebanyakkan remaja yang berpendidikan rendah yang terlibat dalam kancah gejala “Mat Rempit” ini. Pergaulan mereka hanya terdedah kepada kelompok yang sama dan memiliki pemikiran yang sama apatah lagi masing-masing memberi galakan ke arah negatif antara satu sama lain seperti cabar mencabar dan sebagainya. Keseronokan dan kepuasan merupakan tujuan utama dalam diri mereka.
Kurangnya kasih sayang dan perhatian turut mempengaruhi tindakan serta sikap remaja. Apabila mereka merasa bosan, mereka akan mengambil jalan mudah dengan mencari hiburan di luar rumah bersama rakan-rakan yang lain. Lebih-lebih lagi ibu bapa yang suka berleter tatkala mereka berada dirumah. Hal ini membuatkan diri meraka merasa bosan dengan sikap ibu bapa tersebut.
Dengan demikian, virus “Mat Rempit” harus dibendung dengan segera sebelum ia menjadi penyakit yang paling parah dalam masyarakat kita. Semua pihak harus memikirkan apakah cara yang paling terbaik untuk mengatasi gejala sosial ini. Jika ia tidak dibendung dengan segera, ditakuti ia akan menjadi virus yang paling merbahaya di negara ini. Kalau dahulu mereka hanya merempit, tetapi sekarang golongan ini semakin berani melakukan apa sahaja sehingga sanggup membunuh dan sebagainya. Seolah-olah mereka tidak takut kepada hukuman yang bakal diterima.
Maka di sini terdapat beberapa cara untuk mengatasi dan membendung virus “Mat Rempit” ini daripada terus menular dalam masyarakat. Antaranya ialah :
Peranan dan tanggungjawab ibu bapa
Ibu bapa seharusnya menyedari bahawa kasih sayang dan perhatian yang secukupnya perlu diberikan kepada anak-anak mereka agar mereka mersai diri mereka dikasihi dan dihargai. Jangan terus membiarkan anak-anak menjadi liar gara-gara kegagalan ibu bapa memberi perhatian secukupnya. Luangkan sedikit masa untuk bersama dengan anak-anak. Bertanyakan masalah, mendengar luahan dan rintihan hati mereka.
Penguatkuasakan undang-undang dengan lebih efektif
Penguatkuasa undang-undang memang perlu untuk membendung virus ini. Di sarankan ianya agar lebih tegas daripada undang-undang yang sedia ada. Jangan biarkan mereka berasa lali dan tidak kisah dengan hukuman yang bakal mereka terima.
Dekati mereka dengan berhemah dan hikmah
Dekatilah “Mat-mat Rempit” dengan berhemah dan hikmah. Mungkin dengan cara ini mereka akan berasa diri mereka dihargai. Kata-kata motivasi dan kaunseling juga diperlukan untuk membendung virus ini. Jangan terus memberi tekanan kepada mereka. Sepertimana kita ketahui zaman remaja memang penuh dengan tekanan dan gelora. Mereka sentiasa inginkan perhatian masyarakat. Oleh itu berinteraksilah secara matang dengan golongan remaja ini, jangan memperlakukan diri mereka seperti budak kecil.
Sebagai kesimpulannya, kita jangan terlalu menyalahkan dan menunding jari kepada golongan remaja. Sebaliknya kita sebagai individu dewasa, bantulah golongan ini dengan profesional dan matang. Dekatilah mereka agar mereka merasakan diri mereka dihargai dan tidak tersisih daripada masyarakat.
http://ibnismail.wordpress.com
Siapakah Mat Rempit???
Mereka beraksi pada waktu senja, malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala Lumpur. Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun akibat merempit.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Rempit
Sunday, August 2, 2009
KONSEP SATU MALAYSIA
Konsep Satu Malaysia memberi tumpuan kepada pembangunan dalam menjadi sebuah negara maju dan akan diseimbangkan dengan keperluan rakyat tanpa mengira kaum. Misi ini adalah untuk menyahut cabaran Perdana Menteri kita iaitu untuk mengubah persepsi segelintir lapisan rakyat yang mindanya terkongkong dengan cara pemikiran lama. Rakyat perlu saling bantu membantu tanpa mempersoalkan status kaum masing-masing untuk memantapkan lagi perpaduan rakyat di Malaysia. Prinsip dan nilai-nilai persaudaraan dikalangan rakyat Malaysia adalah bersifat majmuk. Mana-mana kumpulan masyarakat dalam Malaysia tidak perlu menganggap bahawa mereka adalah warga negara kelas dua dalam negara. Malah setiap anak Malaysia adalah potensi modal insan yang penting kepada negara.
Kerajaan hanya mampu menyediakan garis permulaan yang adil, iaitu melalui perlaksanaan konsep serta falsafah Satu Malaysia yang mana prinsip asas kepada perlaksanaannya adalah berteraskan semangat kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kesedaran rakyat harus dipupuk supaya membangkitkan rasa cintakan Negara dan menyayangi kaum lain tanpa ada hasrat dengki. Lapan ciri-ciri utama yang boleh di terapkan sebagai budaya rakyat Malaysia dalam menjayakan konsep Satu Malaysia antaranya adalah budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.
Antara ciri penting yang harus diberi tumpuan dalam konsep Satu Malaysia adalah ciri meritokrasi dan kesaksamaan. Meritokrasi yang dimaksudkan dalam konsep ini bukan bermakna kesaksamaan yang membuta. Malah kesaksamaan bermaksud setiap rakyat yang memerlukan bantuan serta pertolongan diberi perhatian oleh kerajaan secara adil dan saksama dan tidak perlu mana-mana pihak merasa mereka akan dicicirkan atau dipinggirkan. Kebajikan rakyat akan terbela dan tidak mendatangkan bias kepada semua kaum.
Konsep Satu Malaysia itu juga turut bertujuan menyediakan garis permulaan yang adil bagi rakyat mendapat bantuan kerajaan tanpa mengira mereka dari bandar, luar bandar, mahupun kumpulan etnik asalkan mereka mempunyai potensi. Jika seorang anak yang datang dari keluarga miskin tidak kira dari bandar atau luar bandar walau dari etnik mana sekalipun jika ternyata mempunyai potensi sememangnya berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab bersama. Semua rakyat harus menyokong padu tindakan kerajaan dan penjawat awam bertanggungjawb untuk menunaikan komitmen kerajaan kepada rakyat. Perkhidmatan yang diberikan haruslah berdedikasi, berkualiti dan memuaskan hati rakyat. Malah kepuasan hati rakyat adalah tanda aras utama kepada kejayaan sektor awam.