Sunday, August 2, 2009

KONSEP SATU MALAYSIA


Konsep Satu Malaysia memberi tumpuan kepada pembangunan dalam menjadi sebuah negara maju dan akan diseimbangkan dengan keperluan rakyat tanpa mengira kaum. Misi ini adalah untuk menyahut cabaran Perdana Menteri kita iaitu untuk mengubah persepsi segelintir lapisan rakyat yang mindanya terkongkong dengan cara pemikiran lama. Rakyat perlu saling bantu membantu tanpa mempersoalkan status kaum masing-masing untuk memantapkan lagi perpaduan rakyat di Malaysia. Prinsip dan nilai-nilai persaudaraan dikalangan rakyat Malaysia adalah bersifat majmuk. Mana-mana kumpulan masyarakat dalam Malaysia tidak perlu menganggap bahawa mereka adalah warga negara kelas dua dalam negara. Malah setiap anak Malaysia adalah potensi modal insan yang penting kepada negara.

Kerajaan hanya mampu menyediakan garis permulaan yang adil, iaitu melalui perlaksanaan konsep serta falsafah Satu Malaysia yang mana prinsip asas kepada perlaksanaannya adalah berteraskan semangat kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kesedaran rakyat harus dipupuk supaya membangkitkan rasa cintakan Negara dan menyayangi kaum lain tanpa ada hasrat dengki. Lapan ciri-ciri utama yang boleh di terapkan sebagai budaya rakyat Malaysia dalam menjayakan konsep Satu Malaysia antaranya adalah budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

Antara ciri penting yang harus diberi tumpuan dalam konsep Satu Malaysia adalah ciri meritokrasi dan kesaksamaan. Meritokrasi yang dimaksudkan dalam konsep ini bukan bermakna kesaksamaan yang membuta. Malah kesaksamaan bermaksud setiap rakyat yang memerlukan bantuan serta pertolongan diberi perhatian oleh kerajaan secara adil dan saksama dan tidak perlu mana-mana pihak merasa mereka akan dicicirkan atau dipinggirkan. Kebajikan rakyat akan terbela dan tidak mendatangkan bias kepada semua kaum.


Konsep Satu Malaysia itu juga turut bertujuan menyediakan garis permulaan yang adil bagi rakyat mendapat bantuan kerajaan tanpa mengira mereka dari bandar, luar bandar, mahupun kumpulan etnik asalkan mereka mempunyai potensi. Jika seorang anak yang datang dari keluarga miskin tidak kira dari bandar atau luar bandar walau dari etnik mana sekalipun jika ternyata mempunyai potensi sememangnya berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab bersama. Semua rakyat harus menyokong padu tindakan kerajaan dan penjawat awam bertanggungjawb untuk menunaikan komitmen kerajaan kepada rakyat. Perkhidmatan yang diberikan haruslah berdedikasi, berkualiti dan memuaskan hati rakyat. Malah kepuasan hati rakyat adalah tanda aras utama kepada kejayaan sektor awam.








No comments:

Post a Comment